Khamis, April 30, 2015

Yana Samsudin Kini Berhijab Penuh; Fadzil Zahari Gembira



Selebriti Yana Samsudin kini kelihatan lebih anggun dengan imej terbaharunya berhijab. Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, dilihat ayu bertudung ketika hadir dalam program Wanita Hari Ini (WHI) TV3 yang bersiaran sebentar tadi. Beliau turut memuat naik dua keping gambar dengan imej baharu dan ia mendapat pujian serta kata-kata positif pelbagai pihak yang meninggalkan komen di laman Instagram Yana. Suami Yana, Fadzil Zahari turut meluahkan rasa gembiranya dengan perubahan positif yang diberikan oleh isterinya itu. Beliau ternyata bersyukur dengan tindakan yang dibuat oleh Yana. "Tiada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung. Namun dia ada menanyakan pendapat saya mengenai penampilannya berhijab. "Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung ketika tampil di Wanita Hari Ini sebentar tadi," kata Fadzil ketika dihubungi BH Online.





1 Komentar:

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
30/4/15 10:09 PG delete

alhamdulillah..:)

Reply
avatar