Selasa, April 21, 2015

Wardina Hormati Kebebasan Agama, Kesal Dengan Isu Turunkan Salib



Melalui luahan di Facebook, Wardina menyatakan bahawa tanda salib itu tidak perlu diturunkan malah dalam masa yang sama turut memohon maaf kepada penganut Kristian di taman itu kerana merasakan mereka dibuli dan hak kebebasan beragama golongan itu seolah-olah disekat. “Saya harap salib itu kekal di situ. Tolong jangan turunkan. Saya memahami perasaan kenalan penganut Kristian di situ dan meminta maaf kerana kalian sering dibuli oleh sebilangan saudara seislam saya. Wahai saudara Islam semua, jadilah umat Islam yang sebenar-benarnya” “Biarkan penganut agama Kristian juga mendapat hak kebebasan mereka. Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya,” kata Wardina. - Rotikaya