Khamis, April 30, 2015

Wanita Tampar Suami Curang; Pecahkan Cermin Kereta



Kerana berang dengan tindakan suaminya yang curang, seorang wanita tidak dapat menahan kemarahannya dengan memecahkan cermin kereta suaminya. Video yang berdurasi 2.25 minit itu menunjukkan, seorang wanita menjerit sambil mengetuk cermin kereta suaminya itu dengan batu sehingga menyebabkan tangan wanita itu cedera dan berlumuran darah.Selepas memecahkan tingkap depan kereta, wanita itu memecahkan cermin di bahagian pemandu walaupun suaminya masih berada di dalam kereta berkenaan. Wanita itu dilihat turut menampar suaminya itu.