Khamis, April 16, 2015

TV9 Kerap Ubah Waktu Siaran; Slot Ratu Kini Hanya Sekali Seminggu



Maaf cakap, tapi bila stesen televisyen asyik tukar waktu siaran, kejap tayang hari ni, esok lusa tayang hari lain, memang buat menyampah. Nasiblah, dah dalam setahun dua ni Muz memang tak follow cerita secara addicted dekat televisyen, tak kisahlah cerita apapun, just tengok macam tu je. Kalau pengikut setia tak ke buat sakit hati. Sekarang ni Muz tengok rancangan di TV9 ni kerap benar berubahnya. Kejap hari tu, kejap hari ni. Dan benda ni dah mula jangkit dekat TV3. Kejap Lestary 3 kali seminggu, kejap 2 kali seminggu. Kalau tanya Muz perkara macam ni hanya akan kurangkan rating. Nak pula bukan semua orang tahu dan sedar perubahan-perubahan macam ni. Berbalik kepada yang cari Ayuni Safira tadi, Slot Ratu yang sedang tayangkan kisah lakonan Aqasha dan Siti Saleha itu kini hanya ditayangkan seminggu sekali pada hari Jumaat sahaja. Harap maklum!