Khamis, April 02, 2015

Tiada Ruang Damai Buat Karisma Kapoor & Suami



Undang-undang India menetapkan bahawa mana-mana pasangan yang ingin bercerai dengan persetujuan bersama di mahkamah keluarga, mereka mesti mengambil tempoh bertenang selama enam bulan bagi memberi peluang sekiranya salah satu pihak berubah hati. Ini adalah apa yang Karisma Kapoor dan suaminya Sunjay Kapur lakukan lima bulan yang lalu. Bagaimanapun, sejak dari itu tidak ada apa yang berubah, seolah-olah mereka tidak mahu kembali bersama-sama. Dengan baki sebulan yang tinggal untuk mereka mendapatkan kaunseling, beberapa ahli keluarga pasangan itu masih berharap mereka kembali bersama.Namun, peguam Karisma tidak fikir seperti itu dan sumber rapat kepada Sunjay turut mendakwa bahawa perdamaian begitu sukar. - Astro Gempak