Isnin, April 20, 2015

Taufik Batisah Mahu Pindah Ke Malaysia; Mahu Berlakon Pula?



Sering kali membuat persembahan di bumi Malaysia, penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah sudah mula merancang untuk berpindah ke sini bagi memudahkan perjalanan kerjayanya di samping dapat memberi fokus lebih karier nyanyiannya itu. “Bila masa (mahu berpindah) tu belum tahu lagi. Isteri saya tak ada masalah. Sekarang saya kena pujuk ibu saya dulu. Saya rasa bila saya semakin sibuk di sini nanti kenalah pindah. Bila tinggal di sini lebih lama boleh saya buat benda lain juga, berlakon ke,” katanya kepada portal Mangga Online.