
Pertama kali
rasanya seorang selebriti berani keluarkan kenyataan tidak redha akan
kemenangan pesaing dalam satu satu kategori di mana mana majlis anugerah
hiburan. Kemenangan Shah Iskandar selaku
Pelakon TV Lelaki Popular di ABPBH 2014 hujung minggu lalu rupanya mengundang
rasa tidak puas hati. Sharnaaz Ahmad
dalam satu kenyataan kepada Malaysian Digest mengakui tidak redha dengan
kemenangan pesaingnya namun bukanlah berasa kecewa malah berharap yang
keputusan malam itu benar benar telus dan berdasarkan bakat. “Saya tidak redha.
Saya bukan tidak berpuas hati tapi saya lebih rela sekiranya kalah dengan Amar
Baharin. Undilah atas bakat dan kualiti lakonan seseorang pelakon itu, bukan
atas wang ringgit” - Rotikaya