Rabu, April 08, 2015

Syarul Ridzwan Tak Tergugat Dengan Fattah Amin & Syafiq Kyle



Pelakon Syarul Ridzwan tidak berasa tergugat dengan populariti dua teman baiknya iaitu Fattah Amin dan Syafiq Kyle yang lebih menyerlah dalam industri lakonan. Syarul atau nama sebenanrnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, kejayaan kedua-dua pelakon itu menempa nama terlebih dahulu daripadanya tidak seharusnya dijadikan isu kerana itu adalah rezeki masing-masing. "Saya tidak rasa tergugat dengan populiriti mereka kerana semua ini terletak kepada rezeki masing-masing yang telah ditetapkan. "Mungkin rezeki mereka datang dahulu berbanding saya jadi ia tidak timbul isu kerana kehadiran kami adalah untuk memeriahkan lagi industri tanah air," ujarnya kepada mStar Online.