Rabu, April 29, 2015

Syarul Ridzwan Tak Nak Dikaitkan Dengan Mia Ahmad



Pelakon Syarul Ridzwan menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktres Mia Ahmad seperti yang dikatakan dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu. Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, hubungan yang dijalinkan antaranya dengan Mia tidak lebih daripada sahabat dan rakan sekerja di lokasi penggambaran. "Itu semua gosip dan saya tidak memberi sebarang kenyataan pun tentang perkara itu. Saya dan Mia hanyalah rakan kerja yang menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pelakon. "Itu sahaja yang boleh saya katakan. Kami sahabat, sama seperti saya bersahabat dengan orang lain," katanya yang dihubungi mStar Online  di sini pada Isnin.