Khamis, April 09, 2015

Siti Nurhaliza Pernah Tumpang Bilik Rumah Komposer Terkenal!



Persembahan Datuk Siti Nurhaliza menerusi konsert unplugged di Istana Budaya di sini pada malam Selasa menjadi amat bermakna apabila penyanyi itu berkongsi kisah menarik yang jarang diketahui ramai sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam dunia seni. Dalam konsert selama kira-kira dua jam itu, Siti Nurhaliza, 36, mendedahkan dia pernah menumpang di sebuah bilik rumah komposer Adnan Abu Hassan yang digelarnya sebagai Abang D ketika baharu bergelar artis."Abang D antara individu yang bertanggungjawab membawa saya dalam industri ini, saya pernah menumpang di rumahnya ketika baru-baru jadi artis dulu."Ketika itu dia baru sahaja berkahwin dan belum mempunyai anak, jadi saya tumpang sebuah bilik kosong di rumahnya," ujar Siti mengimbas kenangan itu. Siti turut mengundang komposer tersebut naik ke atas pentas mengiringi kumpulan muzik untuk lagu Jerat Percintaan dan Azimat Cinta. - mstar


1 Komentar:

Write Komentar
9/4/15 2:25 PTG delete

semua orang pasti ada jalan ceritanya sewaktu susah kann?

Reply
avatar