Ahad, April 12, 2015

Siti Nurhaliza Impi Konsert Di Chow Kid Road



Sepanjang 20 tahun berkarier, Siti nyata berjaya meletakkan diri di platform tersendiri dengan persembahan berskala besar tidak kiralah di luar mahupun dalam Negara. Namun Siti akui menyimpan impian untuk mengulangi kejayaan penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dalam konsert gergasi ‘Chow Kid Road’. “Sebenarnya saya memang mahu mencari kelainan dan mememrlukan idea-idea yang baik untuk persembahan-persembahan akan datang. “Kalau buat konsert seperti ‘Chow Kid Road’ itu memang memerlukan tenaga kerja yang lebih besar tapi itu juga tidak mustahil,” katanya. – Sinar