Khamis, April 16, 2015

Siti Nurhaliza & Che Ta Nyatakan Sokongan Buat Tun Mahathir



Terkesan dengan tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, yang menyatakan bahawa beliau kini keseorangan, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hari ini tampil menyatakan ‘kebersamaan’.Siti dalam laman Instagramnya berkata, beliau akan sentiasa bersama pemimpin itu kerana telah banyak mencurah tenaga dan idea dalam membangunkan negara. “'Love u Tun' dan sentiasa bersama Tun.. Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi,” tulisnya dalam laman Instagramnya. Rozita Che Wan melahirkan tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Melalui sebuah foto di laman foto, Instagram, Rozita atau Che ta memberitahu bahawa Tun Mahathir tidak keseorangan. "Kami sentiasa teguh di belakang," kata pasangan Zain Saidin tersebut. - Sinar

1 Komentar:

Write Komentar