Selasa, April 07, 2015

Siti Elizad Teraju Teman Lelaki Upahan Sudah Nikah 3 Bulan Lalu



Dalam kenyataan kepada media sekitar Februari lalu, Siti Elizad memberitahu akan perancangan beliau untuk menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya bernama Shamsul Baharin sekitar tahun ini namun laporan Harian Metro hari ini agak mengejutkan. Siti Elizad yang semakin dikenali selepas membintangi drama Teman Lelaki Upahan mengakui yang beliau sudah bernikah pada 11 Januari lalu atas permintaan bapanya. “Saya mengaku sudah bernikah dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis kami berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat saja. Saya terpaksa diamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecohkan kerana dia kurang sihat,” ujarnya. sebelum ini ada masalah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.