Khamis, April 16, 2015

Senarai Lagu Wajib Lelaki & Wanita; Uji Bakat Akademi Fantasia 2015



Uji bakat terbuka Akademi Fantasia 2015 akan diadakan di empat lokasi iaitu The Light Hotel, Seberang Prai (2 & 3 Mei), 1Borneo Hotel, Kota Kinabalu (9 & 10 Mei), Berjaya Waterfront, Johor Baharu (23 & 24 Mei) dan Kompleks Sukan Negara Kuala Lumpur (30 & 31 Mei). Uji bakat terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Singapura berusia 18 hingga 35 tahun. Dalam perkembangan sama, lapan buah lagu wajib disenaraikan untuk peserta lelaki termasuklah Matahari (Hafiz), Mewangi (Akim & The Majistret), Pencuri (Mark Adam), Pelesit Kota (Search), Sedetik Lebih (Anuar Zain), Umpan Jinak Di Air Cincang (Ahmad Jais), Harus Terpisah (Cakra Khan) dan All of Me (John Legend) bagi peserta lelaki. Manakala bagi wanita lagu wajib yang disenaraikan adalah Gilalah (Stacy), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Ya Maulai (Datuk Siti Nurhaliza), Madah Berhelah (Ziana Zain), Rindu (Amelina), Hati Ku Tang Kau Sakiti (Rossa) dan Chandelier (Sia).