Khamis, April 09, 2015

Selesa Bawakan Watak Bertudung; Izreen Azminda Nekad Berhijab Penuh



“Alhamdulillah, sebenarnya niat untuk bertudung itu sudah lama saya fikirkan. Kebetulan pula, kini saya sedang menggalas watak, Damia Farisha menerusi drama bersiri terbitan Zeel Production, Eksperimen Cinta, yang memerlukan saya bertudung. “Buat masa ini, saya selesa penampilan ini, malah bukan di set saja, keluar rumah pun saya cuba biasakan diri pakai pakaian menutup aurat. “Namun, masih ada babak lakonan yang memerlukan saya membuka tudung lagi dan Insya-ALLAH, penghujung bulan ini, saya akan bertudung sepenuhnya. "Doakan saya,” kata ibu kepada Andrian Umar ini. - Sinar