Sabtu, April 25, 2015

Ribuan Berebut Tengok Bayi 4 Tangan!



Beribu-ribu penganut agama hindu membanjiri sebuah perkampungan di sini untuk melihat seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan. Penduduk di sekitar bandar kecil Dumri-Isri menyambut kedatangan bayi berkenaan kerana mereka menganggap dia adalah penjelmaan kepada tuhan mereka. Kuntalesh Pandey memberitahu media tempatan, dia sanggup menjelajah 72 kilometer semata-mata mahu melihat bayi berkenaan. "Apabila seorang rakan menghantar gambar berkenaan, saya menyangka ia hanyalah rekaan namun selepas mengetahui ia adalah benar, saya terus ingin melihat bayi berkenaan", katanya dipetik Mirror.uk. Keadaan ibu bayi berkenaan, Ureda Khatun masih tidak diketahui. Bayi ini bukanlah bayi yang pertama disanjung seperti tuhan di India, tahun lepas, kanak-kanak lelaki yang dilahirkan mempunyai ekor sepanjang 7 inci juga turut disanjung.

1 Komentar:

Write Komentar
Cik Anis
AUTHOR
25/4/15 9:53 PG delete

Allah...kesian tgk baby tu..

Reply
avatar