Terlalu menjiwai novel Pilot Cafe membuatkan aktor hebat Remy Ishak menyimpan
angan-angan sejak di bangku sekolah untuk memegang watak hero ‘Ameer
Reza’ sekiranya penulisan itu diadaptasikan ke layar perak.Tekaannya tepat apabila novel tersebut berjaya diadaptasi ke filem
namun rezeki tidak berpihak kepadanya sebaliknya dia hanya ditawarkan
watak sokongan sebagai ‘Rashid’.Mengakui sedikit terkilan, Remy bagaimanapun berpuas hati kerana terlibat sama dalam grup produksi tersebut.“Memang saya baca novel ini ketika zaman sekolah dan fokus yang saya
berikan adalah pada watak Ameer dan saya sendiri tidak pasti mengenai
watak Rashid.“Sebenarnya agak terkilan sebab setiap orang pasti ada impian tapi
rezeki sudah di situ, jadi saya terima lagi pun Fahrin juga buat yang
terbaik untuk watak hero dalam filem ini. “Bawa watak Rashid pun sudah cukup buat saya gembira kerana saya memang
peminat novel ini dan berpeluang turut serta dalam pembikinannya pun
sudah cukup bagus untuk saya,” jelasnya ketika ditemui pada majlis
pratonton filem Pilot Cafe, kelmarin.