Khamis, April 16, 2015

Remy Ishak Tepis Gosip Bertunang!



Pelakon Remy Ishak menjelaskan gosip kononnya dia sudah bertunang secara senyap sebagai salah faham yang tidak sepatutnya berlaku. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 33, bagaimanapun tidak menafikan wujudnya majlis pertunangan seperti didakwa tetapi bagi meraikan adik bongsunya yang bakal berkahwin pada September depan. "Gosip itu hanya salah faham sahaja. Saya tidak bertunang secara senyap-senyap seperti dikatakan sebaliknya adik bongsu saya yang bertunang. "Perkara itu menjadi heboh selepas ada pengikut Instagram saya mengucapkan tahniah kepada saya di bahagian komen tanpa mengetahui fakta sebenar dan seterusnya menjadi viral," katanya kepada mStar Online.