Isnin, April 27, 2015

Ratusan Cawangan McDonald's Di Tiga Negara Ditutup



Ratusan cawangan restoran makanan segera McDonald's di Jepun, China dan Amerika Syarikat berdepan kemungkinan terpaksa ditutup. Ini berikutan kejatuhan dari segi keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat berkenaan di tiga negara tersebut. CEO McDonald's, Steve Easterbrook, yang baru dilantik memegang jawatan itu bulan lepas, memberitahu maklumat dan strategi penambahbaikan yang lebih terperinci bakal dikongsikan dengan umum 4 Mei ini. Laporan portal berita antarabangsa fortune.com menyebut 350 buah restoran telah ditutup di ketiga-tiga negara itu, dan menjadikan jumlah keseluruhan 700 buah cawangan ditutup tahun ini.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/ratusan-cawangan-mcdonalds-di-tiga-negara-ditutup-58548?cp