Rabu, April 29, 2015

Rakyat Mahu Nama Diana Untuk Anak Kedua William & Kate



Ketika Putera William dan isterinya, Kate menunggu kelahiran bayi kedua mereka, rakyat Britain pula berharap pasangan diraja berkenaan akan memilih nama tradisional untuk anak itu. Satu tinjauan pendapat mendapati nama Diana adalah pilihan popular sekiranya bayi yang bakal dilahirkan itu perempuan. Tinjauan pendapat YouGov untuk akhbar Sunday Times mendapati 12 peratus responden berpendapat bayi itu patut dinamakan sempena nama ibu Putera William, mendiang Puteri Diana. Sembilan peratus responden pula memilih nama Alice dan Charlotte. Alice adalah nama ibu saudara Ratu Elizabeth yang meninggal dunia pada 2004 ketika berusia 102 tahun manakala nama Charlotte dipilih bagi menghormati bapa William, Putera Charles. Menurut akhbar itu, sekiranya bayi yang dilahirkan itu lelaki, 13 peratus responden mahu dia diberi nama James dan nama Alexander menjadi pilihan kedua. - Metro