Selasa, April 28, 2015

Promosi Jualan Murah! Kenapa Perlu Bersesak Jika Pilihan Di Hujung Jari?


Sebut saja tentang shopping, mesti ramai yang dah sengih! Nak pula kaum wanita. Tapi zaman moden sekarang ni bukan wanita saja yang kaki shopping, yang lelaki pun sama naik. Nak pula bila ada sales atau jualan murah. Lagilah senyum lebar kan! Ada yang sanggup berkejar ke mall berdekatan office, skip lunch semata-mata nak pergi tengok barangan yang diberikan harga durian runtuh! Of courselah kan, karang lambat pergi ada orang lain yang dah kebas! Siapalah yang nak tolak tawaran promosi jualan murah yang ditawarkan di Malaysia seperti ini! Bukannya selalu kan?


Tapi, dalam pada seronok dan teruja mendapatkan barangan kegemaran yang diberikan diskaun ni, ada satu hakikat yang tidak boleh dinafikan! Penat, sesak, kekangan masa, merupakan antara tiga faktor yang sering membuatkan kita malas nak keluar shopping. Tambah pula bila ada promosi jualan murah, makin bertambahlah orangnya! Bukan itu saja, dengan harga minyak yang semakin naik, dan kalau di ibu kota banyak pula tol yang terpaksa dilalui, semua itu ada kalanya membantutkan niat nak keluar menyertai promosi jualan murah yang ditawarkan oleh Shopping Mall. Lebih menakutkan semenjak adanya penyakit merebak seperti H1N1 ni, takut juga nak berada dalam keadaan ramai orang, tak tahu siapa yang sihat dan siapa pula yang jadi pembawa penyakit.



Jadi takkanlah disebabkan semua itu, kita nak lepaskan promosi jualan murah ni??? Jangan risau, ada jalan penyelesaiannya. Membeli belas secara atas talian atau online shopping memang mudah! Senang, mudah, cepat, selamat dan ada pula jaminan kepuasan pelanggan! Contoh terbaik adalah ZALORA! Bukan sahaja tawaran promosi jualan murah boleh di akses menerusi laman web online shopping, tetapi maklumat mengenai promosi juga dihantar menerusi e-mel. Menariknya, kesemua urusan hanya berada di hujung jari. Tidak semestinya memerlukan komputer riba, menggunakan telefon pintar juga sudah boleh shopping online, mana tidaknya, ZALORA umpamanya sedia mempunyai kemudahan aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi Applestore dan Playstore!

Makanya, aktiviti membeli-belah tidak terhad di mall semata-mata, boleh sahaja melalui telefon bimbit, ketika bersantai menonton drama di Slot Akasia, sambil ditemani sepotong Kek Red Velvet, yang pastinya menjanjikan keselesaan dan ketenteraman yang berkali-kali ganda dalam memilih barangan yang dikehendaki menerusi perkhidmatan beli-belah online yang tersedia.