
Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa negeri pada 7 Mei ini bagi
memudahkan pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Permatang Pauh mengundi pada
Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata
keputusan itu dicapai sebulat suara dalam Mesyuarat EXCO negeri, baru-baru ini.
"Kita mahu semua majikan memberi pelepasan kepada pekerja yang terbabit
sebagai pengundi di Permatang Pauh. "Makluman rasmi berhubung cuti
peristiwa itu akan dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam
masa terdekat," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini. - BH