Rabu, April 29, 2015

Penganjur Konsert Tipu Anuar Zain Lebih 10 Kali!



Penyanyi Anuar Zain mendedahkan pernah ditipu penganjur konsert lebih daripada sepuluh kali sepanjang dia bergelar penyanyi. Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 45, berkata, kebanyakan penganjur meminta bayaran rendah daripada dia kononnya mahu membuat majlis amal, namun sebaliknya mereka menjual tiket untuk mengaut keuntungan lebih. "Memang dari dahulu lagi ada penganjur-penganjur acara yang suka membuat kerja-kerja penipuan ini. "Bayangkan saya yang masih lagi kanak-kanak sebelum ini pun ada orang yang cuba mengambil kesempatan. "Kononnya mahu membuat majlis amal dan mereka meminta saya untuk meletakkan harga yang rendah. Tetapi sebenarnya mereka tipu," katanya kepada mStar Online.

1 Komentar:

Write Komentar
29/4/15 1:02 PTG delete

asam garam bergelar artis...

Reply
avatar