Jumaat, April 24, 2015

Penamaan Calon PRK Permatang Pauh; Dua Jalan Berbeza Untuk Penyokong BN & PKR Ke IKBN



Polis akan menutup beberapa laluan menghala ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini bagi melancarkan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, esok. Jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk PRK Parlimen Permatang Pauh, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata polis terpaksa menutup laluan berkenaan mulai 7 pagi sehingga proses penamaan calon itu selesai bagi mengelak kesesakan trafik di kawasan berkenaan. Penutupan laluan tersebut ialah daripada lampu isyarat Jalan Mengkuang, persimpangan Jalan Berapit dan Jalan Tok Elong, katanya pada sidang media di sini hari ini "Pemandu dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan dan mengikut arahan polis trafik yang bertugas. Selain itu penyokong parti yang bertanding supaya datang awal ke pusat penamaan calon," katanya. Beliau berkata penyokong Barisan Nasional (BN) dinasihatkan menggunakan Jalan Mengkuang untuk ke pusat penamaan calon kerana mereka akan berada di sebelah kiri IKBN manakala penyokong PKR diminta menggunakan Jalan Berapit bagi mengelak bertembung dengan pihak BN. - Sinar

1 Komentar:

Write Komentar