Ahad, April 19, 2015

Pelajar Dakwa Dibelasah 30 Senior Sekolah Agama Di Pendang


Hiasan...

Seorang pelajar Tingkatan Satu mendakwa dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sebuah sekolah agama di Pokok Tai, Pendang semalam. Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra di sini mendakwa dia dipukul pelajar berkenaan dari jam 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior. Anak kedua daripada tiga beradik itu mendakwa dia dipukul selepas dituduh mencuri dompet mengandungi wang tunai RM60 milik seorang pelajar Tingkatan Dua. Mengikut pelajar itu, dia sebenarnya menemui dompet itu di padang sekolah itu kira-kira jam 6.30 petang Jumaat (17 April) dan menyimpannya sebelum menyerahkan kepada pemiliknya. "Mereka (pelajar senior) minta dompet itu dan saya serahkan sekali dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya di seluruh badan, tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya sampai botak," katanya di rumahnya hari ini. - BH