Jumaat, April 10, 2015

Norman Hakim Tak Sanggup Kehilangan Memey Suhaiza



Proses kelahiran atau melahirkan zuriat bukan satu proses yang mudah. Hanya yang mengalami yang mengetahui, sebab itu darjat seorang ibu itu begitu tinggi. Pada tanggal 8 April, pelakon Memey Suhaiza telah selamat melahirkan zuriat kedua hasil perkongsian hidup bersama aktor Norman Hakim. Berita itu dikongsikan menerusi akaun laman sosial instagram. Menariknya, Norman Hakim turut berkongsi rasa dan detik kelahiran itu dengan jalinan kata-kata yang cukup menangkap emosi. Apa yang dah dikongsikan oleh aktor sado itu? Nah, baca sendiri! Apapun, sekali lagi tahniah daripada Muz untuk Norman dan Memey!