Isnin, April 27, 2015

Norman Hakim Tak Letak Sasaran Bilangan Anak!


Hasil perkahwinan pertama dengan pelakon Abby Abadi, anda dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim, 9, dan Maria Danisha Hakim, 6. Adakah anda meletakkan sebarang sasaran untuk bilangan anak selepas kelahiran kedua bersama Memey?

Saya tidak meletakkan sasaran dan menyifatkan anak-anak adalah anugerah Allah. Saya akui, pengorbanan perlu dibuat untuk membesarkan anak-anak, terutamanya dari segi tenaga, wang ringgit dan perhatian. Saya percaya, jika anak-anak dibesarkan dengan cara betul, mereka akan membantu kita pada usia tua kelak.