Rabu, April 08, 2015

Mikrofon Tak Berfungsi; Atilia Terkilan Dengan Produksi ABPBH 2014



Penyanyi Atilia terkilan apabila persembahannya bersama ibu Salamiah Hassan di pentas Anugerah Bintang Popular 2014 pada Ahad lalu berhadapan dengan masalah teknikal. Atilia atau nama sebenarnya Atilia Haron, 41, berkata, dia kesal perkara yang seharusnya diambil serius dalam acara besar itu dilakukan sambil lewa oleh pihak produksi sehingga mencacatkan persembahan mereka. "Secara jujurnya memang saya rasa terkilan kerana produksi tidak ambil berat tentang masalah teknikal seperti itu sehingga menjejaskan persembahan kami. "Bukan senang saya dan mama dapat buat persembahan di pentas seperti itu, sesekali dapat begini pula jadinya. Sudah tentu saya sangat kecewa, saya kasihankan mama yang benar-benar teruja untuk beri persembahan terbaik malam itu." ujarnya kepada mStar Online.