Assalamualaikum
buat pembaca yang sudi singgah. Lama rasanya tak taip sendiri, asyik copy
paste. Itupun gosip artis. Nak buat macam mana, kekangan masa. Straight to the
point, Muz akan terus terang tentang penulisan entry kali ni. Muz sedang
mencari sponsor untuk Sambutan HARI GURU
peringkat sekolah. Lokasinya di Balik Pulau. Tarikh langsungnya pada 28 Mei
2015. Berikut merupakan apa yang pihak Muz harapkan.

- Hiasan/Tatarias pentas dewan sekolah
- Door gifts
- Kek
- Makanan (Starter, Appertizer, Dessert dll)
Kalau ada pihak nak
taja apa-apa selain daripada ini pun kami terima. Apa yang pihak anda akan
dapat? PUBLISITI. Muz akan berikan satu slot IKLAN dalam blog ini secara
percuma untuk SATU BULAN berserta 2 WRITE UP tentang produk/perkhidmatan anda.
Produk/Perkhidmatan tajaan anda juga akan dikongsikan dalam blog, facebook, fan page Nakhoda Nurani di FB, Twitter dan Instagram dalam tempoh masa 1 BULAN itu.
Berminat? Boleh
hubungi Muz di e-mail engkumuzahadin@yahoo.com atau laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, search saja Engku Muzahadin, ada satu saja dekat dunia ni... Huhu!
Tak salah anda join
sekali meriahkan sambutan yang menghargai jasa pendidik kan!
Kalau bukan sekarang bila lagi?
Kalau bukan untuk guru, siapa lagi?
Bukankah siapapun kita pada hari ini, mulanya daripada seorang guru biasa? ;)
Terima kasih sudi baca, kalau boleh sampaikan kepada mereka yang lain sama!