Rabu, April 08, 2015

Menang Anugerah Tak Buat Akim Rasa Selesa



Penyanyi Akim Ahmad tidak boleh untuk berada di zon selesa bersama kumpulannya Akim & The Majistret biarpun telah memenangi pelbagai anugerah termasuk pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada malam Ahad lalu. Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, sebagai seorang artis dia tidak boleh mudah berpuas hati dengan pencapaian yang ada kerana industri hiburan sentiasa bergerak pantas sejajar dengan kemajuan teknologi.“Dalam bidang seni artis kita tidak boleh mudah berpuas hati dengan pencapaian yang ada walaupun tidak kira sama ada sudah menjadi juara atau memenangi banyak anugerah. "Pada saya, itu bukan alasan untuk terus berasa selesa kerana industri ini sangat berdaya saing selain bergerak pantas," katanya kepada mStar Online.