Khamis, April 02, 2015

Mamat (Exist) Mengaku Salahguna Dadah, Dipenjara Tak Mampu Bayar Denda




Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat mengaku bersalah atas dakwaan penyalahgunaan dadah.  Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Ali Kamarudin, 37, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,500 atau penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Raub, pada Rabu.  Penyanyi lagu Untukmu Ibu itu disabitkan kesalahan kerana telah memasukkan dadah jenis Amphetamines ke dalam badan, dua tahun lalu. Mamat yang diwakili peguam Fadlyzil Ikram Norzailan Shah bagaimanapun gagal membayar denda dan dibawa ke Penjara Bentong.  Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff membuat keputusan itu selepas Mamat mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kuala Lipis pada 19 Disember 2013. Sumber: KOSMO!/Astro Gempak