Selasa, April 14, 2015

Konsert Ditunda Tak Jejas 3 Ratu



Selepas beraksi cemerlang mencuri hati peminat pada persembahan khas sempena minggu setiausaha di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur & Persada Convention, Ning Baizura, Ziana Zain dan Noryn Aziz kini beralih tumpuan untuk persembahan konsert di Johor Bharu pada 15 Mei ini. Mengikut jadual, persembahan tersebut sepatutnya diadakan pada 25 April ini. Namun atas sebab-sebab tertentu, konsert itu terpaksa ditunda.Punya ruang persediaan kira-kira sebulan lagi, Ning, Ziana dan Noryn mengaku ada debaran yang menghambat jiwa mereka meski sebelum ini sudah menemui peminat mereka di ibu kota.Menurut Ning, penundaan konsert berkenaan setakat ini tidak menjejaskan pihaknya memandangkan dia memahami situasi sukar yang mungkin dihadapi oleh pihak pengurusan acara, Switch On Entertainment Sdn.Bhd dalam mencari tarikh terbaik untuk persembahan konsert itu.Malah Ning melihat perkara itu sebagai satu peluang untuk mereka sama-sama merancakkan promosi sebelum konsert berlangsung.“Sebenarnya penundaan itu tidak menyukarkan malah satu langkah yang baik untuk kita turun padang mempromosikan konsert dengan lebih baik. Ini kerana promosi penting, kalau tak buat dengan baik, peminat tak tahu konsert akan diadakan dan sebagainya,” katanya. - Utusan