Rabu, April 08, 2015

Kevin Zahri Tegur Abam Kerana Gemuk Is Awesome


Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, bimbang tagline yang diungkapkan pelawak Abam (Bocey) "Gemuk Is Awesome" akan membuatkan individu berbadan besar mengabaikan tanggungjawab menjaga berat badan sehingga boleh menjejaskan kesihatan masing-masing. Kevin, 37, berkata, berat badan seperti pelawak tersebut yang dikategorikan sebagai obesiti boleh mendatangkan pelbagai penyakit jika tiada langkah awal untuk mengawalnya. "Cabaran dia untuk berubah lebih sukar apabila sudah ada tagline seperti "Gemuk Is Awesome" yang membuatkan dia tersepit untuk menurunkan berat badan kerana sudah dikenali peminat dengan keadaan begitu. "Apa yang saya bimbang ialah kesihatan dia akan terjejas jika dia tidak mengawal berat badan tersebut kerana pelbagai penyakit boleh datang apabila usia dia meningkat mungkin dalam empat atau lima tahun akan datang," ujarnya kepada mStar Online.