Selasa, April 14, 2015

Ketagih 'Teh O Ais' Punca Kegagalan Buah Pinggang



Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat dilaporkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ia dikaitkan dengan tabiatnya yang gemar minum 'teh o ais' yang keterlaluan. Dia yang berusia 56 tahun itu dikatakan meminum sehingga melebihi empat liter 'teh o ais' setiap hari. Teh hitam komponen utama minuman itu dikatakan mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat, yang sering dikaitkan dengan masalah membabitkan buah pinggang. Ekoran tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari. Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, pemeriksaan hospital mendapati air kencingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat. "Ia adalah penjelasan yang munasabah," kata Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas. - Awani







1 Komentar:

Write Komentar
Mieza Suhaini
AUTHOR
14/4/15 9:15 PG delete

lepak mamak selalu order air ni, sebab air paling murah -_-

Reply
avatar