Rabu, April 22, 2015

Kaka Terkilan Tuduhan Tasha Goda Hans



Penyanyi Kaka Azraff berasa amat terkilan dengan kenyataan aktres Tasha Shilla yang menuduh dia cuba mendampingi bekas kekasihnya iaitu Hans Wong. Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, berkata, Tasha mengeluarkan kenyataan tersebut di media tanpa berbincang dengannya apatah lagi dia langsung tiada kaitan dengan keretakan hubungan mereka. "Saya tidak sangka Tasha menuduh saya sebegitu. Saya pernah berborak dengan Hans di sebuah majlis, tetapi kami borak biasa sahaja. "Selepas itu saya tidak pernah berhubung apatah lagi mahu berbalas mesej dengan kekasih dia. "Bagi saya tuduhan Tasha terhadap saya itu melampau dan hanya mahu mencari publisiti murahan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

1 Komentar:

Write Komentar
22/4/15 10:56 PG delete

dah macam tu pulak...

Reply
avatar