Khamis, April 16, 2015

Kadar Jalur Lebar Lebih Murah 2 Bulan Lagi



Syarikat-syarikat telekomunikasi bersetuju untuk menyediakan kadar Internet jalur lebar yang lebih rendah selepas mengadakan perbincangan dengan kerajaan. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, caj baharu perkhidmatan itu akan menyaksikan pengurangan di antara 10 peratus dan 57 peratus daripada kadar sedia ada. "Perkhidmatan itu kini akan bernilai hanya RM25 sebulan untuk pakej jalur lebar mudah alih asas dengan data 1GB," kata Ahmad Shabery pada Rabu. Selain itu katanya pakej jalur lebar talian tetap akan bermula dari RM38 sebulan untuk kelajuan asas 1Mbps asas. Kadar baharu itu dijangka berkuat kuasa "dalam satu atau dua bulan," kata Ahmad Shabery. - mstar