Selasa, April 07, 2015

Johan Pertahan Tindakan Kucup Bibir Isteri Di ABPBH 2014



Pelakon dan pelawak Johan (Raja Lawak) berkata, insiden dia mencium bibir isterinya, Ozlynn Wati ketika namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada malam Ahad lalu bukan satu kesalahan. Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, menjelaskan kucupan mesra itu sebagai tanda dia menghargai wanita berkenaan yang sentiasa berada di sisinya selain ingin berkongsi kegembiraan. "Saya tidak melihat tindakan saya mencium isteri saya sebagai satu kesalah kerana Ozlynn adalah isteri saya yang sah. "Dalam apa juga perkara yang saya lakukan atau penghargaan diberikan kepada saya, isteri adalah orang pertama yang saya ingin sambut bersama," katanya. - mstar

1 Komentar:

Write Komentar
7/4/15 11:50 PG delete

isteri dia kan? biarlah dia nak kucup ke nak apa, ahaksss...jangan bersenggama di khalayak ramai sudah...itu dah lain dah tu...

Reply
avatar