Selasa, April 14, 2015

Jihan Muse & Ungku Hariz Tak Nak Heboh Soal Cinta



Berkawan hampir lapan tahun, namun kisah cinta pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse, 32, dan teman istimewanya yang juga pelakon kian mencipta nama, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 30, berjaya disembunyikan.Ditemui di majlis ABPBH2014, Jihan berkata, kehadirannya ditemani kekasih hati semata-mata untuk meraikan acara prestij itu tanpa ada niat terselindung.“Ia tiada kena mengena dengan kami mahu berkahwin atau melihat maklum balas peminat. Sebelum ini pun saya muncul di beberapa majlis bersama Hariz,” katanya.Jihan tidak menafikan, sebelum ini mereka jarang bercerita mengenai hubungan cinta kerana bimbang nanti disalah anggap oleh umum.“Saya tidak mahu soal cinta lebih menonjol, apatah lagi Hariz tidak menggemarinya. Saya dan Hariz pendatang baru, kalau belum apa-apa sudah jaja cerita begitu, takut nanti orang meluat,” katanya. – Metro