Khamis, April 23, 2015

Jaclyn Victor Sah Hamil; Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Ogos Depan



Masih tebal sikap segan Jaclyn Victor untuk memberitahu yang dirinya sedang hamil anak kepada anggota kumpulan R & B terkenal, AZ Yet, Shawn Rivera. Namun, keghairahan untuk menimang cahaya mata membuatkan dia bertukar fikiran. Keseronokan untuk bergelar ibu itu tidak dapat disorokkan, lalu dia penyanyi lagu Gemilang itu memuat naik gambar pin keselamatan (safety pins), dengan kenyataan yang dirinya berbadan dua, sekitar tiga jam lalu di laman Facebook. Jaclyn yang berkahwin dengan Rivera di sebuah gereja di Philadelphia, Amerika Syarikat tanggal 19 Julai tahun lalu, dijangka melahirkan anak sulungnya itu sekitar Ogos depan. Jaclyn memberitahu dia sedar dirinya hamil ketika usia kehamilannya sudah mencecah empat minggu. - BH