Selasa, April 07, 2015

Izara Aishah Belum Sedia Dilamar Adib Khalid



Baru-baru ini, melalui kenyataan di dalam sebuah majalah, Izara mengakui dia kini mahu mencapai kejayaan di dalam kerjayanya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.  “Walaupun hampir satu tahun mengenali dia, tapi sehingga kini saya belum mahu berfikir mengenai berumah tangga. Banyak yang saya belum capai dalam kerjaya. Sebelum nak jadi isteri, saya nak berjaya dulu dalam bidang yang saya ceburi”  “Alhamdulillah, hubungan kami baik. Saya masih lagi berkawan dengannya dan bolehlah saya katakan, dialah teman lelaki paling rapat dalam hidup. Insya-Allah, dah sampai masanya nanti, saya akan berkongsi dengan semua tentang masa depan kami,” kata Izara. - Rotikaya