Isnin, April 13, 2015

IKEA Rayu Pelanggan Jangan Tidur Dalam Premis



Kebanyakan pasaraya IKEA di mana sahaja di seluruh dunia sememangnya punya keluasan yang besar. Jadi bukanlah perkara pelik jika ada pelanggan yang perlu duduk seketika sebelum meneruskan pencarian perabot atau perhiasan yang dihajati. Tetapi lain pula kisahnya dengan pelanggan IKEA di China. Mereka bukan setakat duduk seketika, tetapi menjadikan kerusi dan katil di pasaraya berkenaan sebagai tempat untuk tidur. IKEA China pada asalnya tidak meletakkan sebarang polisi berkenaan isu ini, malah tidak kisah kerana beranggapan ia boleh membantu mempromosikan barang yang dijual. Namun kini, pengurusan IKEA China telah meletakkan syarat yang melarang pelanggan untuk tidur di kerusi atau katil yang dipamerkan. - Awani