Khamis, April 30, 2015

Hati Sudah Dimiliki; Erra Fazira Tak Keluar Dating



Selebriti popular Erra Fazira sudah lama membuat pengakuan bahawa hatinya kini sudah dimiliki dan sedang mengenali seseorang lelaki. Namun sehingga ke saat ini dia belum bersedia mendedahkan siapakah lelaki yang sedang bermain dalam hatinya. Dia bersedia bercerita pasalnya tapi tidak mahu mendedahkan gerangan orangnya. Erra akui dia bersedia mengaku pasal hatinya yang sudah hadir seorang lelaki, kerana banyak sangat yang mengaitkannya dengan lelaki itu dan ini. Bila dia sudah memberitahu yang hatinya ada seseorang, terus senyap gosip yang mengaitkan namanya dengan nama-nama lain. Dengan membuat pengakuan itu juga terhindarlah Erra daripada mana-mana lelaki yang mahu cuba mendekati dan mencuba nasib berkawan dengannya. Tidak takutkah Erra bila ada yang terserempak dengannya semasa keluar bersama? Pasti pecah lubang juga akhirnya nanti. “Saya tak keluar dating… hubungan kami hubungan hati. Sekarang bukan zaman remaja yang keluar dating bagai,” kata Erra.