Jumaat, April 10, 2015

Hati Dynas Kembali Dimiliki



Tidak berselindung bahawa hatinya kini kembali terisi, Dynas mengakui lelaki yang dilihat kerap bersamanya sejak akhir-akhir ini, merupakan teman baharunya."Kalau ikutkan dia kawan lama saya dan kami sudah kenal sejak zaman sekolah lagi. Apa yang boleh saya katakan, dia lelaki yang rapat dengan saya sekarang."Bagaimanapun buat masa ini, saya belum bersedia untuk berbicara lanjut mengenai hala tuju hubungan kami, apatah lagi, saya belum bertemu dengan ahli keluarga yang lain kecuali ibunya. "Jadi masih awal untuk saya berbicara mengenai perancangan untuk berkahwin sekali lagi," katanya ketika ditemui Zass. - Sinar