
Hafreez Adam pelakon yang baru sahaja memenangi anugerah pelakon baharu lelaki
popular (ABPBH 2014), cuba dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab menggunakan gambarnya sebagai testimoni untuk
produk-produk tertentu bagi melariskan penjualan mereka. Bagi pelakon yang membintangi drama berjudul ‘Hati Perempuan’ ini,
dia menyerahkan segala-gala keputusan kepada pihak pengurusannya sama
ada mahu mengambil tindakan atau berdiam diri. “Benda ini saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk
menguruskannya. Pada pendapat saya, perkara ini okay sebenarnya cuma
tidak elok menyalahgunakannya, sebab saya tidak menggunakan produk itu,
dan perkara ini akan saya serahkan kepada pihak atasan untuk
menyelesaikan perkara tersebut,” katanya yang ditemui di Majlis Maulid
Akbar Selawat Perdana, kelmarin. - Rotikaya
1 Komentar:
Write Komentardah namanya pun figura umum...
Reply