Rabu, April 22, 2015

Hafiz Hamidun Rugi RM100000



Penyanyi Hafiz Hamidun kerugian hampir RM100,000 apabila berlaku kebocoran pada siling di butik pakaian miliknya iaitu Mikraj Concept di Empire Damansara dekat sini sehingga dilimpahi air. Hafiz, 31, berkata, keadaan itu membuatkan terpaksa memindahkan kesemua barangan jualan pada 31 Mac lalu di pejabat syarikat rakamannya iaitu Arteffects International di Neo Damansara. "Butik itu beroperasi sejak September tahun lalu dan masalah siling bocor memang selalu timbul. "Tetapi pihakpengurusan buat acuh tidak acuh dengan masalah itu dan paling teruk butik saya umpama kawasan air terjun. "Saya kecewa dengan sikap mereka yang langsung tidak bertanggungjawab," katanya kepada mStar Online.