Khamis, April 23, 2015

Giliran Sabhi Saddi Tayang Badang Sado!



Penyanyi dan pelakon, Sabhi Saddi, kini tampil dengan imej `sado' , penampilan yang berbeza berbanding pada awal kemunculannya dalam bidang seni. Pelantun lagu Cinta Sesungguhnya itu sudah lama menyimpan impian untuk bertubuh sasa, namun niatnya terbantut kerana kesihatannya yang tidak begitu mengizinkan. "Orang melihat kemunculan saya dalam industri seni ini sebagai biasa dan tiada yang istimewa mengenai saya. Penampilan berbadan 'sado' ini menampilkan sisi yang lain bagi diri saya. Selain untuk menjayakan watak bagi projek terbaharu, saya memang sudah lama ingin berbadan sasa sebegini. Kali ini, memang saya penuh bersemangat dari segi pemakanan dan juga senaman lima kali seminggu di gimnasium. "Saya tetap mencuri masa ke gimnasium walaupun sibuk dengan penggambaran. Malah, saya tidak mengambil nasi serta gula kerana begitu berdisiplin dengan menu harian," katanya kepada BH Online.