Ahad, April 19, 2015

Gadis Australia Pertahan Wanita Islam Dihina Dalam Tren



Seorang gadis berkulit putih di sini berani mempertahankan satu pasangan beragama Islam yang dituduh sebagai penyokong kumpulan militan Islamic State (IS) ketika mereka menaiki sebuah tren komuter baru-baru ini (Sydney). Wanita tersebut, Stacey Eden, 23, berkata, seorang warga emas yang duduk di hadapan pasangan itu mendakwa mereka merupakan penyokong IS hanya kerana wanita itu berhijab. Satu rakaman video yang tersebar di internet menunjukkan Stacey kelihatan berang apabila wanita tua itu menuduh pasangan tersebut. “Dia memakai hijab untuk dirinya, kerana agamanya. Tolong hormat orang dan tutup mulut anda jika tiada kata-kata yang baik untuk diungkapkan,” katanya. Stacey yang telah memuat naik rakaman video itu di laman sosial Facebook menyebabkan video itu kini menjadi viral selain mendapat pujian dalam kalangan orang Islam dan bangsa lain di seluruh dunia. “Terima kasih. Ia merupakan satu tindakan yang membanggakan apabila anda mengetahui mengapa wanita itu memakai tudung. Anda seorang yang hebat,” kata seorang pengguna, Mudassar Mumtaz Khokhar.  Sementara itu, pihak polis meminta mangsa tampil untuk membuat laporan polis.


1 Komentar:

Write Komentar