Isnin, April 06, 2015

Forteeen Semakin Senyap Sunyi...



Nama kumpulan Forteen seakan ‘sejuk’ daripada industri muzik sekarang. Hanya Izzue Islam banyak menerima publisiti berbanding tiga anggotanya yang lain seperti Ameer, Ariz dan One.Hakikatnya, mereka masih aktif meneruskan aktiviti nyanyian di sana sini.Publisiti Forteen mungkin kurang menyerlah di media arus perdana, namun mereka menggunakan medium laman sosial untuk menceritakan perkembangan terbaru kepada peminat.Menurut Forteen, jadual persembahan yang padat membuatkan mereka terpaksa mengorbankan masa rehat.One berkata, sepanjang bulan lalu mereka langsung tiada ruang untuk bercuti. Apabila dapat bercuti seminggu mereka gunakan sebaiknya untuk berehat serta menghabiskan masa dengan keluarga. “Sebenarnya ada sebab untuk kami senyap kerana Forteen baru saja tampil dengan single terbaru berjudul Linangan Terakhir. Justeru, rangka promosi sudah diatur ­sejak awal membabitkan kami dan peminat di seluruh negara,” katanya. - Metro