Khamis, April 23, 2015

Fahrin Ahmad Malu Lakonkan Adegan Intim Dalam Pilot Cafe



Pelakon Fahrin Ahmad menjelaskan dia berasa malu apabila terpaksa melakonkan adegan intim dalam filem terbaharunya, Pilot Cafe yang bakal menemui penonton pada 30 April ini. Fahrin, 34, berkata, biarpun mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut namun dia masih berasa gementar apabila diminta melakonkan adegan berpelukan dengan wanita ataupun beraksi intim. "Sehingga ke saat ini saya masih berasa malu dan gementar untuk melakonkan aksi-aksi intim bersama pelakon wanita dalam sesebuah drama ataupun filem. "Filem Pilot Cafe paling membuatkan saya gementar kerana banyak adegan memerlukan saya beraksi sedemikian sampai saya berasa malu," katanya kepada mStar Online.