Isnin, April 27, 2015

Fadlan Hazim Nafi Aibkan Pengurusan MIG Production



Pelakon muda Fadlan Hazim 23, sekeras-kerasnya menafikan keputusannya untuk keluar daripada pengurusan MIG Production Sdn Bhd adalah niat untuk mengaibkan syarikat itu. Malah dia menganggap cerita sebegini ini tidak wajar diperbesarkan kerana dia amat bersyukur telah diberi peluang dalam syarikat tersebut untuk melebarkan sayap lakonan. “Sekali lagi saya tegaskan, tiada niat untuk mengaibkan atau memalukan MIG, saya keluar atas kehendak saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. “Saya berkeputusan untuk keluar daripada pengurusan tersebut kerana mahu mencari pengalaman yang lebih mendalam memandangkan lakonan saya ini belum lagi ditahap yang memuaskan,” kata Fadlan kepada portal Murai.com.my